Monday, November 16, 2009

Syarahan Umum PPU



Dimaklumkan bahawa Majlis Syarahan Umum PPU akan diadakan seperti butiran berikut:

Tajuk: Bringing back ethics to the forefront: Enhancing scholarly publishing in research universities
Oleh: Prof. Dr. Alastair Gunn (University of Waikato, New Zealand)
Anjuran: Pusat Pengajian Umum (PPU)
Tarikh: 24 November 2009 (Selasa)
Masa: 3.00-4.30ptg.
Tempat: Bilik Majlis, Aras 5, Bangunan Canselori, UKM

Warga UKM dipersilakan hadir.


Klik atau Berita PPU jika link di atas tidak berfungsi

Sunday, August 9, 2009

Pendaftaran Kursus Joomla

Untuk daftar online, ada dua cara:

1. Guna borang online.

2. Guna borang dalam blog Berita PPU

Sekian

A Zamri Mansor

Kempen Sumber Terbuka

Di maklumkan, kempen Sumber Terbuka Peringkat PPU akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Khamis, 20 Ogos 2009
Masa : 9.30-12.30pm (selepas Majlis Perhimpunan Staf PPU 8.30-9.30 pagi)
Aturcara :
9.30-10.00 : Minum pagi
10.00-10.30: Perasmian Kempen Sumber Terbuka
10-30-12.00: Pengenalan Sumber Terbuka
12.00-12.30: Sesi Soal Jawab
12.30-1.00: Jamuan

Semua warga PPU dijemput hadir.
Sila klik link ini untuk maklumat lanjut tentang open source community di UKM.

Dijemput semua untuk menonton klip video perasmian opensource UKM

Kursus Joomla Jumaat 14 Ogos, 8.30am-12.00pm

Di maklumkan Kursus Membina laman Web Joomla akan diadakan seperti berikut:

Tarikh: Jumaat 14 Ogos, 2009
Masa: 8.30 pagi- 12.30 tengah hari
Tempat: Makmal Mini Komputer, Aras 0, Blok Pengajaran, Fakulti Kejuruteraan & AB.
Untuk pendaftaran, sila isi




Sekiranya tidak dapat klik borang online.


Untuk mengetahui apa itu Joomla, view klip berikut:



Sunday, March 1, 2009

Berita Mesyuarat Lepas

Salam dan Selamat Sejahtera!

Berita Mesyuarat Lepas JK Sosial dan Khidmat Masyarakat

1.Melantik Puan Nor Atiqah Abdullah sebagai Bendahari baru Jawatankuasa.

2.Mencadangkan satu tarikh untuk adakan Hari Keluarga PPU pada 18
April(Sabtu). Tarikh masih belum muktamad. Cadangan tempat samada di
Port Dickson atau Tasik Titiwangsa. Tempat juga belum muktamad.

3.Menyerahkan sumbangan kepada umat Palestin sebanyak RM 1000.
Sumbangan telah diserahkan kepada pihak Bendahari UKM.

4.Akan mengadakan Hari Terbuka PPU.Memohon idea dan cadangan daripada
semua staf untuk menjayakan dan memeriahkan hari tersebut.

5.Jangan LUPA, yuran bulanan.

6.Ada 'surprise istimewa' khas untuk pensyarah dalam mesyurat PPU Khamis ni.

Sekian.

----------------------------------------------------------------
This message was sent using IMP, the Internet Messaging Program.

Sunday, February 15, 2009

Berita JK Sosial & Khidmat Masyarakat

Salam Semua. Kepada Semua Pensyarah dan Guru Bahasa!

Masih ramai yang belum menghantar maklumat dalam KAD NAMA. Sekali lagi
dingatkan tarikh akhir menghantar maklumat tersebut ialah pada 2 Mac
2009. Sila emailkan maklumat tersebut kepada Puan Sharifah Zurina Syed
Kamarulzaman di emailnya ina99@ukm.my. Maklumat yang diperlukan ialah
(contoh) ;

Nama : Dr. Muhammad bin Abdullah
Ringkasan Kelayakan Akademik : BUs(Al-Azhar),MIs.Civ(St.Andrew),PhD(Malaya)
Jawatan : Pensyarah Kanan
No. Telefon Pejabat : 03-8921 7136
No. Telefon Bimbit : 013-2921511
Email UKM : mba@ukm.my
Email lain : mba@yahoo.com

JK Sosial & Khidmat Masyarakat sedia membantu anda.Sekian.

----------------------------------------------------------------
This message was sent using IMP, the Internet Messaging Program.

Thursday, January 22, 2009

Galeri Foto PPU

Satu laman web mengandungi gambar-gambar yang diambil dari program-program PPU telah di bina oleh Encik Faisal (Bob PPU). Laman web Galeri Foto PPU tersebut juga boleh di akses dari Berita PPU. Silalah berkunjung ke sana dan simpan mana-mana gambar yang anda wajah anda.

Monday, January 5, 2009

Ucapan Penghargaan Dari Pengarah

Assalamualaikum wbt & salam hormat,

YBhg Dato' Naib Canselor UKM
dan yang dihormati rakan-rakan tenaga akademik & pentadbiran PPU,

YBhg Dato' dan tuan/puan,

Dengan segala takzimnya, seperti yang telah semua maklumi, saya telah pun dilantik oleh YBhg Dato Naib Canselor UKM sebagai Pengarah PPU yang barumulai 22 Disember 2008. Saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasihdan setinggi penghargaan kepada YBhg Dato' Naib Canselor di atas kepercayaan YBhg Dato' dan pihak pengurusan Universiti bagi melantik saya. Pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang akan saya laksanakandengan sebaik-baiknya demi kecemerlangan PPU dan UKM khususnya, insyaallah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan berbanyakterima kasih dan penghargaan setingginya kepada tuan/puan (kakitanganakademik dan pentadbiran PPU) yang telah memberi sokongan terhadappencalonan dan juga pelantikan saya. Alhamdulillah.

Khusus kepada mantan Pengarah, YBhg Prof Abdul Latif Samian, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kerana dengan kewibawaan dan keberkesanan kepimpinan beliau dan sokonganrakan-rakan semua, PPU sudah pun melangkah jauh ke hadapan. Saya berharap Ybhg Prof akan terus berkesudian untuk memberikan semangat dan dorongankemaliman kepada kita semua, agar setiap dari kita akan terus dapatmenyumbang secara lebih bermakna kepada PPU dan UKM.

Seperti yang saya nyatakan tadi, pelantikan ini adalah satu amanah dantanggungjawab yang besar dan penting. Namun, saya tidak akan dapat memikulamanah dan tanggungjawab sepenting ini dengan sempurna secara bersendirian. Saya memerlukan kerjasama dan sokongan yang tulus dan padu dari tuan/puansemua bagi membawa PPU ke arah kecemerlangan. Sebarang pandangan yang akandapat menegur, memperbaiki, memaju dan mengembangkan pengurusan danpelaksanaan fungsi dan peranan PPU amatlah dialu-alukan. Pandangan danteguran yang disampaikan akan diteliti dan dipertimbangkan dengansebaik-baiknya.

Kita semua berhadapan dengan tugas-tugas yang mencabar kerana UKM adalah universiti yang terkehadapan di negara kita. Alhamdulillah.. Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, tugas-tugas kita bukan sekadar tertumpu kepadamenjalankan tugas-tugas pengajaran sahaja. Lebih dari itu, kita perlumempertingkatkan usaha dan aktiviti penyelidikan yang bermutu, penerbitanyang berkualiti dan tugas-tugas lain yang juga berkualiti. Penekanan yangdiberikan adalah pada kualiti pelaksanaan tugas-tugas yang diamanahkan. Justru itu, kini kita bekerja di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) danjuga bagi memenuhi piawaian ISO yang rapi. Penjaminan kualiti pelaksanaantugas-tugas ini amat memerlukan kepada komitmen, ketelitian dan semangatyang tinggi dari kita semua. Saya yakin tuan/puan akan terus memberikankomitmen yang padu dan jitu bagi menyempurnakan segala tugas dantanggungjawab yang diamanahkan.

Sebagai sebuah Pusat Pengajian yang memberikan perkhidmatan pengajarankursus wajib Universiti kepada semua pelajar UKM, kita sebagai ahli akademikperlu peka dan proaktif dengan perkembangan semasa keperluan profesionalismabidang pengajian umum di dalam dan di luar UKM. Dengan adanya KKM (KerangkaKelayakan Malaysia), kepentingan kursus-kursus umum ke arah pembangunanmodal insan yang menyeluruh adalah lebih dirasai dan disedari. Justru itu,sumbangan berterusan kita ke arah pemantapan peranan dan tanggungjawab PPUsememangnya amat diperlukan. Sempena menyambut Tahun Hijrah 1430 dan Tahun Masehi 2009, marilah kitasama-sama berazam dan bertekad serta benar-benar akan menjalankantugas-tugas dengan niat yang murni, jiwa yang tinggi dan kerja yangberkualiti. Dengan keazaman dan tekad begini, insyaallah, saya yakin kitaakan dapat terus menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan PPU dan UKM.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 & Tahun Baru Masehi 2009!

Salam hormat,

Prof Madya Dr Khairul Anwar Mastor
Pengarah
Pusat Pengajian Umum

s.k.
YBhg Prof Dato' Naib Canselor UKM