Thursday, January 22, 2009

Galeri Foto PPU

Satu laman web mengandungi gambar-gambar yang diambil dari program-program PPU telah di bina oleh Encik Faisal (Bob PPU). Laman web Galeri Foto PPU tersebut juga boleh di akses dari Berita PPU. Silalah berkunjung ke sana dan simpan mana-mana gambar yang anda wajah anda.

Monday, January 5, 2009

Ucapan Penghargaan Dari Pengarah

Assalamualaikum wbt & salam hormat,

YBhg Dato' Naib Canselor UKM
dan yang dihormati rakan-rakan tenaga akademik & pentadbiran PPU,

YBhg Dato' dan tuan/puan,

Dengan segala takzimnya, seperti yang telah semua maklumi, saya telah pun dilantik oleh YBhg Dato Naib Canselor UKM sebagai Pengarah PPU yang barumulai 22 Disember 2008. Saya ingin merakamkan ucapan berbanyak terima kasihdan setinggi penghargaan kepada YBhg Dato' Naib Canselor di atas kepercayaan YBhg Dato' dan pihak pengurusan Universiti bagi melantik saya. Pelantikan ini adalah satu amanah dan tanggungjawab besar yang akan saya laksanakandengan sebaik-baiknya demi kecemerlangan PPU dan UKM khususnya, insyaallah.

Saya ingin mengambil kesempatan ini juga untuk merakamkan ucapan berbanyakterima kasih dan penghargaan setingginya kepada tuan/puan (kakitanganakademik dan pentadbiran PPU) yang telah memberi sokongan terhadappencalonan dan juga pelantikan saya. Alhamdulillah.

Khusus kepada mantan Pengarah, YBhg Prof Abdul Latif Samian, saya ingin merakamkan ucapan setinggi penghargaan dan berbanyak terima kasih kerana dengan kewibawaan dan keberkesanan kepimpinan beliau dan sokonganrakan-rakan semua, PPU sudah pun melangkah jauh ke hadapan. Saya berharap Ybhg Prof akan terus berkesudian untuk memberikan semangat dan dorongankemaliman kepada kita semua, agar setiap dari kita akan terus dapatmenyumbang secara lebih bermakna kepada PPU dan UKM.

Seperti yang saya nyatakan tadi, pelantikan ini adalah satu amanah dantanggungjawab yang besar dan penting. Namun, saya tidak akan dapat memikulamanah dan tanggungjawab sepenting ini dengan sempurna secara bersendirian. Saya memerlukan kerjasama dan sokongan yang tulus dan padu dari tuan/puansemua bagi membawa PPU ke arah kecemerlangan. Sebarang pandangan yang akandapat menegur, memperbaiki, memaju dan mengembangkan pengurusan danpelaksanaan fungsi dan peranan PPU amatlah dialu-alukan. Pandangan danteguran yang disampaikan akan diteliti dan dipertimbangkan dengansebaik-baiknya.

Kita semua berhadapan dengan tugas-tugas yang mencabar kerana UKM adalah universiti yang terkehadapan di negara kita. Alhamdulillah.. Sebagai sebuah Universiti Penyelidikan, tugas-tugas kita bukan sekadar tertumpu kepadamenjalankan tugas-tugas pengajaran sahaja. Lebih dari itu, kita perlumempertingkatkan usaha dan aktiviti penyelidikan yang bermutu, penerbitanyang berkualiti dan tugas-tugas lain yang juga berkualiti. Penekanan yangdiberikan adalah pada kualiti pelaksanaan tugas-tugas yang diamanahkan. Justru itu, kini kita bekerja di bawah Kerangka Kelayakan Malaysia (KKM) danjuga bagi memenuhi piawaian ISO yang rapi. Penjaminan kualiti pelaksanaantugas-tugas ini amat memerlukan kepada komitmen, ketelitian dan semangatyang tinggi dari kita semua. Saya yakin tuan/puan akan terus memberikankomitmen yang padu dan jitu bagi menyempurnakan segala tugas dantanggungjawab yang diamanahkan.

Sebagai sebuah Pusat Pengajian yang memberikan perkhidmatan pengajarankursus wajib Universiti kepada semua pelajar UKM, kita sebagai ahli akademikperlu peka dan proaktif dengan perkembangan semasa keperluan profesionalismabidang pengajian umum di dalam dan di luar UKM. Dengan adanya KKM (KerangkaKelayakan Malaysia), kepentingan kursus-kursus umum ke arah pembangunanmodal insan yang menyeluruh adalah lebih dirasai dan disedari. Justru itu,sumbangan berterusan kita ke arah pemantapan peranan dan tanggungjawab PPUsememangnya amat diperlukan. Sempena menyambut Tahun Hijrah 1430 dan Tahun Masehi 2009, marilah kitasama-sama berazam dan bertekad serta benar-benar akan menjalankantugas-tugas dengan niat yang murni, jiwa yang tinggi dan kerja yangberkualiti. Dengan keazaman dan tekad begini, insyaallah, saya yakin kitaakan dapat terus menyumbang kepada kemajuan dan kecemerlangan PPU dan UKM.

Selamat menyambut Tahun Baru Hijrah 1430 & Tahun Baru Masehi 2009!

Salam hormat,

Prof Madya Dr Khairul Anwar Mastor
Pengarah
Pusat Pengajian Umum

s.k.
YBhg Prof Dato' Naib Canselor UKM